Friday 28 December 2018

Service Tax Issues 'Outside Malaysia' eg Insurance Services, Advisory Services

KES PERTAMA-Advisory/Consultancy Services

Pertanyaan Daripada MN Taxation Services Bagi Pihak TSB MANAGEMENT (TSBM) Untuk Pengesahan Kastam Samada Perkhidmatan Perundingan Dan Pengurusan Bercukai Yang Disediakan Oleh TSBM Tidak Tertakluk Kepada Cukai Perkhidmatan
1     Latar Belakang

              TSBM telah dilantik oleh sebuah syarikat di Singapura, iaitu Sing Marine Contractors Caspian Pte Ltd (SMCCPL) untuk bertindak sebagai penasihat kepada SMCCPL berhubung dengan kemudahan kewangan dwi matawang (dual currency financing facilities) yang diperolehi oleh SMCCPL bagi pembinaan kapal oleh SMCCPL di Singapura untuk disewa oleh SMCCPL kepada National Carigali Turkmenistan Sdn Bhd (NCTSB)
2    ISU

TSBM sebagai orang yang kena membayar cukai ke atas perkhidmatan Perundingan dan Pengurusan bercukai,  SAMADA perlu mengenakan cukai perkhidmatan ke atas penyediaan perkhidmatan perundingan dan pengurusan berkaitan dengan kemudahan kewangan yang diperolehi oleh SMCCPL daripada bank bank di Malaysia bagi projek membina kapal di Singapura untuk disewa kepada NCTSB bagi kegunaan di Turkmenistan.

Skop kerja TSBM adalah :

Ø  Advising and assisting  SMCCPL in reviewing the charter contract with NCTSB
Ø  Advising SMMCPL on financial matters –modeling, capital structure in relation thereto
Ø  Coordinating with lenders (banks in Malaysia)
Ø  Assisting  SUMA Ada SB (the parent company of SMMCPL) and SMMCPL to raise the bridging financing in the interim while finalizing the financing facilities
Ø  Assisting SUMA Ada SB and SMMCPL to obtain regulatory approvals in relation to financing
Ø  Advising on hedging required
Ø  Assisting SMMCPL, and coordinating and liase with legal advisors on financing in relation thereto
Ø  Providing regular reports or upon request on Transaction
Ø  Assisting SMMCPL in any other advisory tasks relating to the transaction
  
3    Pandangan MN Taxation Services

i.    Perkhidmatan Perundingan dan Pengurusan  yang disediakan oleh TSBM kepada SMCCPL adalah berkaitan dengan :

(a) barang di luar Malaysia (iaitu kapal di Singapura dan kemudian di Turkmenistan; dan/atau
(b)  perkara perkara lain di luar Malaysia (iaitu kemudahan kewangan berkaitan dengan projek SMMCPL di luar Malaysia iaitu pembinaan kapal di Singapura  yang kemudian disewakan kepada NCTSB untuk kegunaan di Turkmenistan) 

ii.      Perkara pokok kepada perkhidmatan yang disediakan oleh TSBM kepada SMCCPL samada ianya  didalam atau luar Malaysia tidak terhad kepada tindakan mendapatkan pinjaman. Tujuan pinjaman diperolehi harus menjadi subjek - diberi perhatian kritikal. Dalam kes ini tujuan pinjaman adalah untuk pembinaan kapal di Singapura dan seterusnya pemasangan dan operasi kapal tersebut di Turkmenistan.

iii.   Peranan TSBM secara keseluruhan adalah berkaitan dengan projek SMCCPL di luar Malaysia. Peranan TSBM  di bawah kontrak perkhidmatan ialah untuk membantu SMCCPL mendapatkan kemudahan kewangan adalah integral bagi projek  SMCCPL di luar Malaysia.

Pandangan Pegawai

i.    Terdapat dua subjek untuk dipertimbangkan dalam menentukan samada perkhidmatan perundingan dan pengurusan yang dibekalkan oleh TSBM adalah bercukai atau tidak :

a. Kemudahan kewangan yang diperolehi oleh SMCCPL  daripada bank bank di Malaysia
b.  Kapal yang dibina di Singapura untuk digunakan di Turkmenistan
             ii.   Jika perkhidmatan berkaitan kemudahan kewangan dianggap sebagai perkara 
                   pokok dalam urusan ini maka perkhidmatan yang dibekalkan oleh TSBM 
                 adalah bercukai. Dalam senario ini kapal dianggap ‘remote’  dan tidak penting untuk diberi perhatian.

             iii.  MN Taxation memberi contoh bahwa sekiranya SMCCPL memperolehi 
perkhidmatan professional lain di Malaysia seperti jurutera atau peguam bagi projek ini, contohnya untuk mereka bentok pembinaan kapal di Singapura atau memberi perkhidmatan perundingan undang undang dan dokumentasi bagi kontrak sewaan kapal, Peraturan peraturan Cukai Perkhidmatan memberikan pengecualian cukai perkhidmatan. 

          iv.  Cukai perkhidmatan  ke atas perkhidmatan perundingan berkaitan dengan barangan  atau tanah yang terletak di luar Malaysia adalah terkecuali di bawah Jadual Kedua :
 l. Provision of engineering, consultancy or other professional services excluding provision of such services supplied in connection with goods or land situated outside Malaysia.

     v.  Perkhidmatan perundingan yang dibekalkan oleh TSBM adalah berkenaan dengan kemudahan kewangan yang berkaitan dengan kapal yang dibina di Singapura. Oleh itu cadangan MN Taxation bahwa ianya adalah integral dan menjadi subjek matter adalah betul. 
     
5      Kesimpulan dan Cadangan :
Adalah dicadangkan bahwa skop kerja TSBM berkaitan dengan perkhidmatan perundingan dan pengurusan kepada SMCCPL bagi kemudahan kewangan untuk pembinaan kapal di Singapura untuk disewakan kepada National Carigali Turkmenistan Sdn Bhd adalah tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan kerana dianggap berkaitan dengan barang di luar Malaysia.

KES KEDUA -Insurance Services

      
 POLISI INSURAN UNTUK PERLINDUNGAN RISIKO KAPAL FSO:
·        WAKTU PEMBINAAN &PEMASANGAN MOORING DAN RISER SYSTEM DI  SINGAPORE
·        MENARIK (TOW) DARI DOCKYARD KE KAWASAN JDA
·      Collateral Risk : KEHILANGAN FISIKAL DAN KEROSAKAN DI JDA, THIRD PARTY  LEGAL AND/OR CONTRACTUAL LIABILITIES IN CONNECTION WITH  PROJECT IN MTJDA
·     Operational : HULL AND MACHINERY, INCREASE VALUE AND LOSS OF HIRE INSURANCE FOR FSOs

  MNS Taxation Services bagi pihak Overseas Assurance (OA) memohon pengesahan pada April 2011 samada Perkhidmatan Polisi Insuran untuk perlindungan risiko di Malaysia Thailand Joint Development Area adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan

1   Pandangan MNS Taxation Services

Secara amnya, perkhidmatan bercukai berhubung dengan perkhidmatan polisi insuran adalah “all types of insurance policies to business organizations” melainkan polisi insuran yang dikecualikan secara khusus daripada skop perkhidmatan bercukai tersebut. Berkuatkuasa 1 Jan 2003, polisi insuran yang dikecualikan daripada skop insuran bercukai adalah  saperti berikut :

-          Provision of all types of insurance policies to cover risks for international transportation of goods :
§  From a place outside Malaysia to a place outside Malaysia
§  From a place within Malaysia to a place outside Malaysia
§  From a place outside Malaysia to a place within Malaysia
-          Provision of insurance policies to cover risks outside Malaysia

Kami berpendapat bahwa tindakan OA untuk mengenakan cukai perkhidmatan  ke atas perkhidmatan polisi polisi insuran terbabit untuk perlindungan risiko  di dalam JDA adalah teratur

Kesimpulan dan Cadangan :

Mengikut Free Zones (Exclusion of Goods and Services ) Order  1998, barang dan perkhidmatan saperti di senaraikan dalam Jadual kepada Perintah ini tidak termasuk dalam skop Akta Zon Bebas dan butiran 11 Jadual adalah :

11.   All Goods and Services which are not used directly in the activities approved under the First
         and Second Schedules of the Act

Pandangan MNS Taxation Services bahwa tindakan OA untuk mengenakan hanya cukai perkhidmatan ke atas polisi insuran bagi perlindungan risiko di dalam JDA melainkan bagi polisi insuran untuk perlindungan risiko luar Malaysia saperti berikut  :
Ø Pengangkutan barang barang (FSO) dari luar Malaysia(Singapore) ke JDA; dan
Ø Kerja kerja yang dijalankan oleh kontraktor/sub-kontraktor atau pengilang di luar
    Malaysia

Dipersetujui adalah betul.

NOTA

Dengan penguatkuasaan Perintah Cukai Perkhidmatan (Pengenaan Cukai bagi Perkhidmatan Bercukai berkenaan dengan Kawasan Ditetapkan dan Kawasan Khas) 2018 mulai 1 Sept 2018 [Service Tax (Imposition of Tax for Taxable Service in respect of Designated Areas and Special Areas) Order 2018-effective 1 Sept 2018] Cukai perkhidmatan dikenakan keatas Lima kategori perkhidmatan seperti disenaraikan dalam Jadual pada Perintah. Insuran tidak termasuk dalam kategori tersebut bermaksud Cukai perkhidmatan dikecualikan  

No comments:

Post a Comment

Understanding Common Customs Terminology

Below are definitions of terms commonly used by Customs Administrations. For definitive description of the term used, it is advisable to ref...