Monday 8 October 2018


Contoh 2.  Perkhidmatan Pengurusan kepada Syarikat Intra-Group

PERTANYAAN KLH MEDICAL SDN BHD UNTUK PERKHIDMATAN PENGURUSAN KEPADA SYARIKAT DALAM KUMPULAN YANG SAMA

Pengenalan

KLH Medical Sdn Bhd merupakan pelesen di bawah Akta Cukai Perkhidmatan ingin mengesahkan jika perkhidmatan pengurusan yang diberikan kepada syarikat dalam kumpulan yang sama, Dahlia Hosp Sdn Bhd adalah bercukai atau dikecualikan di bawah Jadual Kedua.



2.     Analisa pemilikan Saham KLH Medical Sdn Bhd




3.    Analisa pemilikan Saham Dahlia Hosp Sdn Bhd



















 4.   Gambarajah Struktur Pemilikan Saham

4.1    Pemegang Saham utama Dahlia Hosp Sdn Bhd dan KLH Medical Sdn Bhd 

5.   Ahli Lembaga Pengarah

5.1    KLH Medical Sdn Bhd :                                  5.2   Dahlia Hosp Sdn Bhd
·         Akem                                                                      -Akem
·         Abou                                                                       -Abou
·         Achu                                                                       -Achu
·         Akow                                                                      -Akow
·         Atoon                                                                     -Ahoe
·         Ahoe

6.  Ulasan Samada Kedua syarikat layak untuk pengecualian CP sebagai Intra Group

6.1   Kedua syarikat mempunyai pemegang saham yang sama untuk sebahagian besar saham: Pemegang saham yang mangawal kesemua saham KLH Medical juga memiliki 94.51% syarikat Dahlia Hosp Sdn Bhd. Cuma terdapat satu pemegang saham iaitu Kartar yang memiliki 5.49% saham Dahlia Hosp tetapi tiada pegangan saham dalam KLH Medical.

6.2   Tiga syarikat yang bukan orang biasa mempunyai kepentingan dalam kedua KLH Medical dan Dahlia Hosp iaitu Comfort Management Asia Ltd, Belfor Sdn Bhd dan Advanmed Sdn Bhd. Ketiga syarikat ini memiliki 94.32% saham Dahlia Hosp dan 99.81% saham KLH Medical.

6.3   Kedua syarikat mempunyai majority ahli lembaga pengarah yang sama. Kesemua ahli lembaga pengarah Dahlia Hosp  Sdn Bhd adalah juga lembaga pengarah KLH Medical Sdn Bhd tetapi KLH Medical mempunyai tambahan tiga orang lain.

6.4   KLH Medical bercadang memberi perkhidmatan pengurusan kepada Dahlia Hosp yang dianggarkan bernilai RM15,000.00 sebulan yang merupakan staff cost.

6.5   KLH Medical Sdn Bhd, Dahlia Hosp Sdn Bhd dan tiga syarikat pemegang sahamnya –Comfort Management Asia Ltd, Belfor Sdn Bhd dan Advanmed Sdn Bhd boleh dianggap sebagai ‘companies within a group of companies’. Ketiga pemegang saham ini adalah mengawal kedua- dua Dahlia Hosp dan KLH Medical.

6.6   Bagaimanapun KLH Medical yang ingin memberi perkhidmatan bercukai kepada Dahlia Hosp tidak mengawal secara langsong ataupun secara tidak langsong Dahlia Hosp Sdn Bhd. Sebaliknya kedua syarikat ini dikawal tiga pemegang saham (Comfort Management Asia Ltd, Belfor Sdn Bhd dan Advanmed Sdn Bhd). Ketiga pemegang saham ini juga mempunyai kuasa untuk melantik ahli lembaga pengarah kedua KLH Medical dan Dahlia Hosp.

6.7  Oleh kerana KLH Medical tidak memiliki saham Dahlia Hosp dan juga tidak mempunyai kuasa melantik ahli lembaga pengarah , ianya tidak boleh dikategorikan termasuk dalam butiran 5 dalam Jadual Kedua, Peraturan peraturan Cukai Perkhidmatan 1975 dan tidak dikecualikan daripada cukai perkhidmatan untuk perkhidmatan pengurusan yang diberikan kepada Dahlia Hosp Sdn Bhd.


Laporan disediakan pada 2012

No comments:

Post a Comment

Understanding Common Customs Terminology

Below are definitions of terms commonly used by Customs Administrations. For definitive description of the term used, it is advisable to ref...